![]() |
| Muka ceria sebelum ke kem :) |
***********************************
Pada 21-24 Februari telah didakan satu kem jati diri bagi pelajar PMR, SPM DAN STPM. Pelajar yang terlibat adalah seramai 445 orang kalau tak silap. *ramai wohh. Kami telah diberi taklimat berulang-ulang kalinya sebelum hari ke kem tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan semua pelajar membawa barang dan peralatan yang betul serta menjaga tingkah laku sepanjang di sana. Kem ini dijalankan selama 4 hari 3 malam. Kem ini juga bertempat di Kem Limau Kasturi, Gua Musang. Okay done. Di bawah, adalah aktiviti serta pengalaman sepanjang berada di sana. :)
***********************************
♥ 21 FEBRUARI ♥
First of all, datang sekolah dengan rasa semangat semacam jee haha. Then sampai² tu, semua pelajar diarah untuk berkumpul di padang bagi membahagikan kumpulan bas, minuman mineral, tiket train serta koc train. Kami diberi sedikit taklimat sebelum meneruskan perjalanan ke kem tersebut. Okay dapat bas number 7 and semuanya pelajar perempuan :).
Perjalanan untuk sampai ke stesen kereta api mengambil masa kira² setengah jam. Setelah sampai dekat Stesen kereta api Wakaf bharu, semua pelajar diminta membuat barisan mengikut koc sambil menunggu kereta api sampai. Lama punya lama tunggu, akhirnya sesetengah pelajar pergi makan dan membeli sedikit bekalan bagi perjalanan dalam kereta api nanti. Kemudian, tiba² bunyi sorakan yang kuat. Kau orang rasa apa tu? Taraaaaa! Kereta api dah sampai walaweyy! haha, cepat² masuk nak dapat seat yang selesa kan. Wahhh! nasib baik dapat seat katil, so apa lagi nak tunggu? Tidur jee la. haha, then makan² sambil borak² untuk menghilangkan rasa boring yang terlampau! Maklumlah 3 jam setengah dalam train tu.
Then we arrive at the Limau Kasturi and everybody were extremely excited. Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul dalam dewan untuk taklimat yang seterusnya. Berkumpul balik dekat dataran untuk membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi penginapa 5 bintang yee. *propa semata-mata haha. Alhamdulillah boleh segroup dengan Amalin dan Fathihah :). Masuk dom tu, semua pelajar terkejut kot sebab semuanya bayangkan ada katil, bilik yang selesa, itu, ini and last² hanya dom yang kosong dan hanya tidur bertilamkan tikar, and 1 dom tu lebih kurang 40 orang. Nak buat macam mana lagi kan, redha je lah, nama lagi kem haha. Kemudian, semua pelajar urus diri dan diminta berkumpul di dewan bagi sesi makan dan seterusnya solat Jama' Maghrib & Isya'.
Kem ini menggunakan sentri iaitu sesetengah pelajar harus berjaga malam untuk menjaga kawan-kawannya dan wajib okay bagi semua! Penghulu bagi kem ini ialah abe Ben, manakal penghuluwati pula kak Amira dan kak Syahirah. Mereka bertanggungjawab untuk menghandle semua perkara yang berkaitan dengan pelajar. Okay done semua tidur selepas itu dan hanya sebilangan kecil yang menjadi sentri pada malam itu mengikut shift yang tertentu.
![]() |
| Bersedia untuk bertolak dengan menaiki bas yee. |
![]() |
| Situasi menunggu train :) |
![]() |
| Berkumpul di dataran untuk diberi sedikit taklimat. |
***********************************
♥ 22 FEBRUARI ♥
Hari ini dimulai dengan aktiviti solah Subuh secara berjemaah pada jam 6.15 pagi. Semua pelajar diwajibkan berada di dewan tepat jam 6.00 pagi. Then, seperti biasa, berkumpul di dataran untuk dibahagikan kumpulan pula. Setelah itu, aktiviti senamam pagi bermula. Disusuli dengan aktiviti yang paling mencabar keberanian pelajar iaitu flying fox. Oleh kerana pelajar Ahmad Maher yang ke kem itu terlalu ramai, setiap aktiviti sentiasa dibahagikan kepada kumpulan yang tertentu. Kumpulan 1-7 dahulu terlibat dengan aktiviti ini. First² diberi sedikit keterangan serta cara² untuk menjamin keselamatan diri sepanjang flying fox ini dijalankan.
Agak² apa kau orang rasa apabila terpaksa berterbangan setinggi 40 meter? Rasa macam nak pitam pun ada. Tunggu punya tunggu untuk tiba giliran yang seterusnya. Tetapi oleh kerana ramai yang teramat, alat² untuk FF ini harus bergilir-gilir dan ini memakan masa yang amat lama. Saya, Malin and Tiah terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan barang tersebut and finally sampai juga dekat atas tu.
![]() |
| Jurulatih yang bertanggungjawab memberi arahan tentang FF dan menjaga keselamatan pelajar. |
![]() |
| Menunggu dengan penuh kesabaran untuk FF yee haha :) |
Rasa nak nangis pun ada, nak menjerit sampai menggegar dunia pun ada, semua rasa ada haha. Tambahan pula, sewaktu giliran saya tiba, jurulatih yang terlibat untuk melancarkan FF ini telah membuat sedikit khianat yee. Tapi tak apa la, just it be a secret. *malu nak cakap LOL haha.
Kemudian, setelah selesai berterbangan dan menjerit dengan tak tentu arah, pelajar yang sampai harus crossing river untuk sampai ke datran kembali. Hal ini kerana hanya terdapat sungai sahaja sebagai pengangkutan untuk ke sana. So, apa lagi we have fun there! Pakai BA then, crossing je la. Lega-seleganya dapat masuk air oleh kerana air yang sangat sejuk. Then, cepat² masuk dom untuk uruskan diri.
![]() |
| Taraaa itu dia salah satu pelajar perempuan yang berterbangan di udara sewaktu FF dijalankan haha. |
![]() |
| Acara bercrossing river. Sumpah best! :) |
Kemudian disusuli dengan aktiviti pandu arah atau dikenali juga sebagai orientaring. Aktiviti ini menggunakan kompas dan kami semua telah dibahagikan keada beberapa kumpulan. Kemudian, keluar dari kem dan melalui beberapa desa untuk sampai ke destinasi. menggunakan kompas dan terpaksa mencari klu untuk sampai ke dataran kembali. Setelah beberapa jam bermain aktiviti ini dengan suka rianya + mengantuk gila gila + letih. Arghh! Patah balik dan masuk ke kem semula serta urus diri lagi bagi sesi solat berjemaah Jama' Maghrib & Isya' pula. Masa tersangatlah padat sehinggakan kita orang hanya tukar pakaian dan cepat² ke dewan tanpa mandi. =.=, Untuk pengetahuan semua, pelajar lelaki menjalakan aktiviti lain manakala perempuan juga lain.
![]() |
| P/s: aktiviti lelaki sewaktu perempuan menjalankan FF. |
Setelah selesai solat, diadakan pula ceramah. Mak aihh dah la semua orang macam tak boleh nak buka dah mata, ada ceramah pula yee. Terima kasih cikgu :). Apa lagi, dengar² sambil tidur la haha.
Kemuadian, masuk ke dom untuk tidur. Out of blue jam 2 pagi semua pelajar perempuan dikejutkan untuk berkumpul di dataran. Cepat² semua pergi dengan baju tidurnya haha. Ada sedikit masalah but tak ingat dah apa haha *nyanyuk. Kena berkawad tengah² malam bagi membuat barisan. Rasa macam nak pitam pun ada =.=". Then, setelah selesai, semua pelajar diarahkan masuk ke dom semula. Kita orang tak mengantuk dah la dan ambil cara mudah, pergi mandi sebelum berebut dengan orang lain nanti Subuh tiba. Selepas itu, tinggal 1 jam sahaja lagi untuk tidur, and we take a nap :).
***********************************
♥ 23 FEBRUARI ♥
Seperti biasa, bangun awal² pagi dengan mata tertutupnya uruskan diri untuk solat berjemaah Subuh. Semua orang macam solat dengan tidur gteww haha. Okay done hari ini semua pelajar perempuan kena masuk hutan dan akan diadakan aktiviti spa 5 bintang youu and survival. Hari ini kot hari yang paling penat but aktiviti yang paling best! :) Seperti biasa, akan ada senaman pagi dan semua pelajar lelaki dan perempuan membuat aktiviti masing-masing. First² melintasi daratan yang dipenuhi dengan pacat. Kemudian sampai tu, pelajar diminta membuat barisan untuk dibahagikan BA bagi crossing river sebentar lagi. Lama lama dan lama tunggu and finally BA tu sampai. Tetepi sebelum bergerak ke river, setiap orang harus memegang pacat yang telah di past past. Oh myyyy tak tahu nak cakap macam mana. Okay senyap sudah haha.
![]() |
| P/s: Jurulatih yang bertanggungjawab sewaktu jungle trekking ;) |
Kemudian, bertolak ke river dan apabila tiba giliran, cross je la river tu. Seperti biasa, kelegaan akan mula terasa kerana air yang sangat sejuk dan mendinginkan :). Kemudian, sebelum masuk ke hutan, semua pelajar harus melalui kandang lembu yang dipenuhi dengan najis-najisnya. Okay sabar sekali lagi. Then, pelajar diarahkan untuk mengambil minuman mineral oleh kerana cuaca yang amat terik dan perjalanan yang teramat jauh lagi untuk sampai ke hutan dan spa youu. Sebelum masuk ke hutan, pelajar² dinasihatkan agar jangan banyak bertanya, jangan banyak bercakap, jangan menjerit, jangan memetik daun, jangan mengambil benda² di sana dan yang sewaktu dengannya. Agak lah jauh perjalanannya dan diringkaskan makan tengah hari menjelma haha.
![]() |
| Guess what? *captured by kak hanis :) |
Selepas makan, bersedia untuk bergerak ke spa =.=. Agak² apa itu spa? LUMPUR kau orang tahu tak! semua pelajar perempuan diwajibkan berenang dalm lumpur sehingga semua anggota *kecuali anggota kepala terendam dalam lumpur tu. And FYI, untuk tahu macam mana bau wanginya lumpur itu, sila lah mencium bau najis lembu yee. Harap maklum haha. Selepas itu, untuk membersihkan badan, ditujukan pula ke sungai.
Perjalanan ke sungai itu mengambil masa yang lama sehinggakan lumpur itu menunjukkan tanda² ingin kering. Then apabila sampai, semua orang macam excited gteww tengok air oleh beberapa faktor haha. First, cuaca yang sangat dan sangat la terik. Second, tidak selesa dengan badan dipenuhi lumpur. Dan selebihnya itu abaikan haha. Selepas membersihkan diri, pacat mula la menjelma nak hisap darah orang kan. Ramai la juga yang terkena and fortunately nasib saya hari itu baik yee haha.
![]() |
| Serangan spa lumpur -.- |
![]() |
| Selepas melegakan diri dengan cuaca yang panas terik serta berlumpur :) |
Then diteruskan dengan aktiviti survival. Dikumpulkan mengikut kumpulan masing² dan dibawa ke tempat survival itu. Agak² apa makanan yang harus kita orang masak? Kuih tradisional? Berwarna hijau *yang aslinya? Disaluti dengan parutan nyior? Boleh teka dah kan? So, tak payah cakap dah la haha. Group kita orang bekerjasama untuk menyiapkan kuih itu and finally apabila siap, diringkaskan semua orang makan.
Then, ke sungai lagi untuk acara crossing river lagi. Pakai BA dan seperti biasa menunggu giliran yang agak lama dan kemudiannya apabila sampai, cepat² ke dom untuk menguruskan diri bagi makan dan solat jemaah seperti biasa.
![]() |
| Group kami dengan bertungkus-lumus menyipkan kuih survival yang berperisa seperti sabun downy pergh! -.- haha |
Dengan kelam kabutnya tukar pakaian and bla bla bla, kena kumpul kat dewan ambil makanan. Selepas makan, baru dimulakan solat berjemaah. First² kita orang fikir, kita orang akan dibenarkan tidur dan rehat, but ada satu slot lagi! OMG!! Slot ceramah oke. Tetapi yang ajaibnya kita orang tak tidur disebabkan slot ini sangatlah menyentuh jiwa dan rasa sehingga ada beberapa orang yang mengalirkan air mata. Kita orang fikir, boleh dah la nak pejamkan mata kan, but out of the blue, jurulatih cakap malam ini ada rehearsal okay. Rehearsal untuk acara penutup pada hari esoknya. 1 jam lebih kot buat rehearsal ini dan berakhir pada jam 1.30 pagi. Diringkaskan, selepas itu, masuk dom dan tidur. Hari ini merupakan sentri kita orang ( Amalin, Fathihah, Izzati, Athirah).
Hanya kami berlima sahaja yang berjaga pada malam tersebut jam 3 pagi. Sebelumya semua pelajar perempuan dikejutkan pada jam 1 pagi untuk berkumpul ke dataran oleh kerana sentri yang sebelumnya melaporkan ada dua orang yang hilang. Tetapi, setelah dicheck and alhamdulillah semua cukup. But jurulatih sangat la marah time nih and menyuruh kami tidur di dataran itu. Nak mengucap 100 kali pun ada. Then, tidur je la, tapi tak sampai 10 minit pun. Kemudian, masuk dom balik and tengok² dah jam 3 pagi. Arghhh sentri okay! Pukul 4 baru kita orang tidur lagi and pukul 5 dah kena bangun. We take a nap again.
***********************************
♥ 24 FEBRUARI ♥
Okay sebelum ni duk merungut nak balik but apabila tiba hari last, baru lah rasa sedih, rindu dengan kem dan sewaktu dengannya. Seriously rasa tak nak tinggal jee kem tu tapi time buat aktiviti je la hehe. Seawal 7 pagi selepas solat Subuh berjemaah dan urus diri, senaman pagi bermula. Kemudian, semua pelajar diberikan breakfast. Aktiviti pada hari ini ialah 'Jiwa Murni'. Aktiviti ini ialah aktiviti menolong orang kampung membersihkan kampung mereka walaupun sedikit. Group kita orang ditugaskan untuk mengutip sampah² di sepanjang jalan sambil melihat keadaan rumah² penduduk kampung di sana. Serious terharu and kasihan :'(.
Diringkaskan lagi, semua pelajar balik kem kem semula dan mengemas barang² untuk pulang. Sebelum pulang, acara penutup berlangsung. Kemudian, makan disedikan sebelum bertolak pulang. Tidak dilupakan solat berjemaah Jama' Zohor & Asar serta solat hajat.
Kemudian, bertolak naik train and finally sampai dekat stesen kereta api Wakaf Bharu. Di sana, sudah tersedia bas² untuk mengangkut semua pelajar pulang SMKDAM. Kemudian, sampai pada jam 7.10 lebih kurang and everybody were very happy and excited :)
![]() |
| Barang-barang yang disusun rapi yee sebelum bertolak pulang :( |
***********************************
Sesungguhnya kem ini adalam kem yang paling best and banyak pengalaman yang menarik telah terhasil sepanjang kem ini berlangsung. Thank you cikgu and jurulatih di sana for taking care of us!
p/s: Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat :).
gtg now, bubbye :)
















No comments:
Post a Comment